YTL Cement dan Jabatan Alam Sekitar Anjur Program Kudah Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022

15 October 2022

Rectangle 308.jpg

KAMPAR, 15 OKTOBER 2022 – YTL Cement bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah menganjurkan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 di Sahom Valley, Kampar, Perak.

Program KUDAH ini dianjurkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat YTL Cement, iaitu BUILDS, dan inisiatif Rakan Alam Sekitar oleh JAS Negeri Perak dengan kerjasama PLUS Malaysia Bhd., dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. 80 sukarelawan bersama-sama komuniti setempat telah terlibat menjayakan aktiviti membersih dan memulih keindahan Sungai Dipang serta berjaya mengumpul lebih dari 333 kg sampah dan bahan kitar semula. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah JAS Negeri Perak. Turut hadir dalam program KUDAH ini ialah Pn Ong Ping Ping Pengarah Komunikasi YTL Cement, pewakilan dari Pegawai Daerah Kampar, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan PLUS.

Selain dari aktiviti KUDAH, sukarelawan telah berjaya menanam sebanyak 100 batang pokok spesies hutan tropika yang disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Bagi menguar-uarkan kepentingan kebersihan Sungai Dipang, sebuah papan tanda telah diletakkan di pinggir sungai bagi menunjukkan status semasa kualiti air Sungai Dipang. Satu sesi ujian air sungai in-situ telah dijalankan oleh Ybrs Tuan Haji Rosli bin Zul bagi menunjukkan kepada masyarakat status terkini kualiti air Sungai Dipang. Papan tanda ini akan dikemaskini dari masa ke masa bagi rujukan para pengunjung.

Sungai Dipang merupakan salah satu sungai berkepentingan ekonomi kepada komuniti Lembah Sahom dan juga merupakan kawasan tarikan para pengunjung bagi aktiviti mandi-manda serta beriadah. Namun, kesedaran dalam menjaga persekitaran alam sekitar di kawasan ini masih ditahap belum memuaskan. Oleh itu, program KUDAH ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam dalam menjaga persekitaran Sungai Dipang bagi kegunaan orang ramai.

Puan Ong Ping Ping, Pengarah Komunikasi YTL Cement merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak kerana memberi peluang kepada YTL Cement dan BUILDS untuk bekerjasama dengan Rakan Alam Sekitar dalam menjayakan aktiviti pada hari ini dan berharap program pada hari ini dapat membantu pemuliharaan Sungai Dipang bagi kegunaan orang awam, terutamanya penduduk Lembah Sahom.

Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak memaklumkan bahawa program antara industri dan kerajaan negeri seperti hari ini adalah amat berkesan dalam meningkatkan kesedaran kepada orang ramai serta warga industri dalam kepentingan memelihara alam sekitar. Beliau turut mengalu-alukan agar program sebegini dapat diperkembangkan dalam masa akan datang demi kepentingan sejagat dan inisiatif ini sejajar dengan tema sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial YTL Cement Group di Facebook, LinkedIn dan Instagram serta media sosial YTL Cement BUILDS di Instagram.

Return to Media Hub

|

Search More Articles

About Us

Malayan Cement Berhad (MCB) is the Malaysian operations of YTL Cement Group and the country’s leading building materials company. As part of a regional Group committed to helping you build better, MCB provides an integrated suite of high-performance materials and sustainable environmental services that support construction of all scales – from homes to major infrastructure.

With a legacy that spans more than 70 years, MCB operates integrated cement plants in five locations, four grinding plants, three cement terminals, two depots and over 50 ready-mixed concrete batching plants two drymix plants, three aggregate quarries, and a dedicated R&D facility – the Construction Development Lab.

MCB offers a full range of building solutions, including cement, clinker, ready-mixed concrete, drymix, and quarry products, all designed to meet the evolving needs of the Malaysian market. The company also delivers sustainable innovations such as its ECO Product Range and offers environmental services.

With a fleet of over 1,500 trucks covering more than 120,000 kilometres daily, MCB ensures efficient and reliable delivery to customers across Peninsular Malaysia. Its scale, operational reach, and long-standing experience position it as a key partner in nation building.

Copyright © 2025 Malayan Cement Berhad [195001000048(1877-T) | All rights reserved.

Redress your complaints at

Aduan